Showing posts with label nasihat buat diriku. Show all posts
Showing posts with label nasihat buat diriku. Show all posts

Friday, March 25, 2011

Makanan Sunah....siri 2

Kismis adalah buah anggur yang telah dikeringkan terlebih dahulu. Kismis membekalkan vitamin dan mineral yang penting kepada tubuh badan seperti zat besi, potasium,magnesium,kalsium dan vitamin B1,B3 serta B6 untuk pembinaan darah bagi pengankutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen antioksidan ( antipenuaan ).Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli ) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.

Khasiat dan kelebihan kismis :
  • Nabi Muhammad SAW bersabda : " sesiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi,maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian "
  • Nabi Muhammad SAW bersabda : " Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih."
  • Imam Ali a.s berkata " sesiapa memakan kismis 21 biji kismis merah,maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi."
  • Imam Ali a.s berkata " Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit,menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.
  • "

Thursday, March 24, 2011

Makanan Sunah....siri 1

Setiap kali masuk dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa' untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat - zat yang terkandung dalam kurma tersebut. oleh sebab itu, Rasulullah SAW mengibaratkan "orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin".

Khasiat dan kelebihan Kurma :
  •  Nabi Muhammad SAW bersabda : " Rumah yang tidak ada kurma didalamnya,akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
  • Nabi Muhammad SAW bersabda : " Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya) "
  • Abu Abdillah a.s berkata " Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir "
  • Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s berkata " Sesiapa memakan tujuh biji buah kurma yang baik, maka cacing - cacing yang ada di perutnya akan mati "
  • Sayidina Ali r.a meriwayatkan " Sesiapa memakan tujuh biji buah tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya "

Di sini jelas menunjukkan bahawa kurma sangat berfaedah dah berkhasiat untuk semua manusia. Bahkan kurma juga dapat mencerdaskan otak kita serta dapat menghalang penyakit iaitu menjadi penawar kepada tubuh kita.........

##Jadi marilah kita sama- sama mempraktikkannya.....##

Tuesday, March 15, 2011

halal atau haram???????



Berhati-hatilah membuat pilihan kerana kita adalah apa yang kita makan. Berikut adalah senarai hangat yang diperolehi daripada laman web JAKIM 

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM : 
1) McDonald 
2) A&W 
3) Secret Recipe
 

Restoran / syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM 
kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal : 
1) Victoria Station 
2) Kam Lun Tai 
3) Lotus Family Restoran
 

Restoran / syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 
1) San Francisco Steakhouse 
2) Chicken Rice shop 
3) Kiwi Express
 

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah 
mendapat pengesahan halal JAKIM. 
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM 
adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat. 

KG Pastry atau Norainis Cookies
 dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM.Kam Lun Tai kuih bulan daripada syarikat ini telah ditarikbalik 
pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan 
halal yang ditetapkan. 

2. Farmbest : Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM. 

3. Supplement : Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal.   Bagi produk  jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat  pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui  sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport. 

4. CafĂ© : Untuk makluman Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM maka  coffee bean tidak berkaitan dengan email yang disebarkan ini tetapi Starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan. 

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan  halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan  makanan/minuman yang disediakan di restoran ini. 

6. Gerai-Gerai makan Semua Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM 7. Confectionery Bakers Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. 

Kings Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Giant dan Tesco - Status makanan yang disediakan ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk keranaJusco tidak pernah mendapat  pengesahan halal JAKIM secara khusus. 

Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.  

8
. Restoran Burger King -  Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual. 

9. Sosej ayam - Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM. 

10.Berkenaan Mewarnakan rambut  : dari segi hukum syarak terbagi kepada 

1) Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya  harus bagi yang berpenyakit sahaja. 
2) Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda 3) Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. 
4) Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. 
5) Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami. 

Dari segi ingredient / ramuan pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana, kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan.  Yang menjadi persoalan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ?? 

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT  DYE atau SEMI PERMANENT DYE.  Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam. Begitu juga sebaliknya. 

JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara.  Utk pengetahuan, JAKIM  hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di Malaysia  sahaja . 



##makan lah makanan yg pasti halalnya....##
    elakkan diri makan makanan yg was was
    dan kurang pasti @ xjelas statusnya..

Monday, January 31, 2011


“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.
Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.
”Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.
“Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.
Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.
Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.
”Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.
Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.
Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.
”Astaghfirullahal azim..alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…”, syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.
Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.
Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.
Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.
Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah...
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.
Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.
Ikhlas, Izhar...
Wassalam saudaraku Muhd Izhar...
Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...
Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.
Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.
Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.
Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…
“Astaghfirullahal ’azim...Astaghfirullahal ‘azim…Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..”, doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.
Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.
Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...