Monday, December 6, 2010

 




ak xtau napa ini yg ak pikirkn sekarg.....huhu mgkn sbb dh ramai kawn2 yg rapat ngan ak melangkah ke alam perkahwinan.......bila tgk meka mula la rasa gatai nk khwin....hehe =)












ni hafizah n husband.....baru ja kahwin semalm...
ak rasa cm xcaya dia dh khwin....baru ja ak jmpa dia dlm keadaan single...
tup tup tgk gmbar arini dia dh nikah semalam 5/12/2010....








mimie n husband









ni aku n husband.......=)




husna 0r kak teh ( gelaran dikalngn ahli keluarga ) ngan soleh....
soleh ni anak tok tam n k.teh cucu tok som.....
jd ni kahwn sesama sedara la.....but still nice..









ainie n adk kembar.....huhu xingt la nama husband dia 
tp meka ni kawan lama kat sek yayasan khairiah dulu
umur sama ngn ak 21 tahn....
dua2 still belajr kt KUIN....



 ni pula Ila n husband...
ak rasa skg ni dia dh dpt baby...
coz dia khwn tahn lepas lg....





apa2 pn jodoh semua nya dari Allah yg Esa...
ak hanya doakan kebahgiaan sampai ke syurga buat sahabat2 ak
bila pon jodoh kita, Allah yg aturkan.....

dan 

ak berharap jodoh yg diatur kan oleh Allah sejak dari dlm kandungn ibuku 
untk ak 
adalah yg terbaik buat ak......
Amin.......















Sunday, December 5, 2010

Syaitan dalam kehidupan manusia



MUKADDIMAH
Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh. Firman Allah swt: 
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), (6 : 35 al-Fatir)
Boleh kata semua manusia akan mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan manakah ruang-ruang yang mana syaitan akan masuk pada diri insan. Ini adalah sebahgian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya. 
SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات فإن الشيطان يبيت علىخياشيمه
“ Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim 

SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA
Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda: 
ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه
“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.”
Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP إذا تثائب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل
“ Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka.”
Hadis sahih Muslim.

SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA “AAAAAH “ SEMASA MENGUAP
Nabi saw bersabda: 
ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك منه
“ Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.”
Hadis riwayat Ahmad
.
MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA 
Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda: 
لا تقولوا هكذا لا تعينوا عليه الشيطان
“Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. Janganlah kamu membantu merosakkan dia.”
Hadis sahih Bukhari.
Moral: Oleh itu janganlah kita memaki walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaa adalah dilarang. Mudah2an maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, shoutbox dan sebagainya dapat dielakkan. 


SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH
Nabi saw bersabda: 
لا تجعلوا بيوتكم مقابر فإن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة
“ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah.”
Hadis sahih Muslim
Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan utuk dibaca surah al-Baqarah beramai2. 

SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH إذا دخل الرجل بيته فذكر الله عند دخوله وعند طعامه قال الشيطان : لا مبيت لكم ولا عشاء وإذا دخل فلم يذكر الله عند دخوله قال الشيطان :أدركتم المبيت وإذا لم يذكر الله عند طعامه قال : أدركتم المبيت والعشاء
“ Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada kuncu2nya “Kamu tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam.” Apabila dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama Allah syaitan akan berkata “ Kamu semua mendapat tempat bermalam.” Apabila dia tidak menyebut nama Allah semasa makan , syaitan akan berkata “ Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam.”
Hadis sahih Muslim (2018). 

MAKANAN JATUH YG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN إذا سقطت لقمة أحدكم فليمط عنها الأذى وليأكلها ولا يدعها للشيطان
“ Apabila jatuh sebahgian suapan makanan kamu. Hendaklah kamu buang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan untuk dimakan oleh syaitan.”
Hadis sahih Muslim (2034) 

SYAITAN PENGGANGGU SOLAT 
Suatu hari Amru bin abi al-As mengadu Rasulullah saw:
“ Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah mengganggu ku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku.”
Rasulullah saw pun menjawab: 
ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله واتفل على يسارك ثلاثا
“ Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali.”
Amru berkata:
“Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan , lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut.”
Hadis sahih Muslim. 

MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN
Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri:
“Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?”
Dia menjawab “Tidak”
Nabi saw bersabda: 
قد شرب معك من هو شر منه الشيطان
“Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan.”
Hadis Ahmad –sahih.

SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI 
Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda: 
لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت ذلك تعاظم حتى يكون مثل البيت ويقول : بقوتي ولكن قل : بسم الله فإنك إذا قلت ذلك تصاغر حتى يكون كالذباب
“ Janganlah kamu berkata “ Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “ mendapat kekuatan ku.” , tapi hendaklah kamu berkata “ Dengan nama Allah.” Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.”
Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih

PENUTUP
Terdapat ratusan lagi ruang-ruang syaitan utk memperdaya manusia seperti yang Nabi saw masuk kepada manusia. Ini adalah sebahgian yang saya sempat tulis. Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya. Rasulullah saw bersabda: 
إن الشيطان قال : وعزتك يا رب لا أبرح أغوي عبادك ما دامت أرواحهمفي أجسادهم. قال الرب : وعزتي وجلالي لا أزال أغفر لهم ما استغفروني
“ Sesungguhnya syaitan berkata “ Demi kemulianmu hai tuhan. Aku akan sentiasa menyesatkan hamba-hambamu selagi mana nyawa berada di tubuh mereka.” Tuhan menjawab “ Demi kemulian dan keagunganku aku akan sentiasa mengampunkan mereka selagimana mereka meminta ampun kepadaku.”
Hadis riwayat Ahmad – sanad hasan

Saturday, November 20, 2010

mud senyum lebar...

ALHAMDULILLAH.............
aku panjatkan syukur padaMu Ya Allah....
aku sgt gembira dgn keputusn yg aku terima...
kerna apa yg aku hajati untuk semester lepas telah tercapai...
aku harap di semester yg akan datang aku juga dapat terus berjaya dengan baik..
aku harap di tiap tiap semester aku blh mendapat anugerah dekan...
mudahan apa yg aku hajati akan terus dimakbulkn oleh Mu....
amin...

cinta karya indah sang pencipta
bermulanya di syurga
dirasukan dalm jiwa adam dan hawa
lalu dianak pinakkan ke setiap jiwa
dengan kadar penciptaan yg berbeza
cinta sebenrnya tidak buta
cinta adlh sesuatu yang murni
luhur dan diperlukan oleh setiap insan
yang buta adlh 
bila cinta itu menguasai dirimu
tanpa sesuatu pertimbangan 

cinta, menyintai atau dicintai itu
adlah lumrah sifat kejadian manusia
hak untuk bercinta 
dan menerima cinta
bergantung kepada diri itu sendiri
pilihan adlh bergantg kpda kita
jika pilihan berlandskan agama
pasti hasilnya diberkati
dan sekiranya berasaskan nafsu
pasti akan terhumban kelembah 
kehinaan

jangn tertarik kpada seseorg berlandskn rupa parasnya
sbb keelokan paras dapt menyesatkan 
jangn pula tertarik kepada kekayaan
kerna kekayaan dapat memusnahkan
tertariklah kepada seseorg yag dapt membuatmu tersenyum 
kerna hanya senyuman yg dapt membuat
hari2 yg gelap menjadi cerah..

Wednesday, October 13, 2010

HIDAYAHMU TUHAN YANG ESA.....

Tuhan...
lama aku gelintar
cari arah cahaya
menerangi gelita

Tuhan....
indahnya hidayah Mu
sinari ruang kalbu
luruh airmata ku
mensyukuri nikmat Mu


Tuhan
pimpinlah hati ini
utk ku menghayati petunjuk Mu
walau diuji kesabaranku
juga keimananku
tidak tercabar keyakinan ku
pada janji-janji Mu
tetap bersujud di hadapan Mu
merayu cinta Mu
seluruh jiwa aku serahkan hanyalah utk Mu
betapa ku bersyukur dengan hidayah yg Engkau berikan

semoga selamanya aku kekal di jalan Mu

YA ALLAH AKU JATUH CINTA!!!!!!!!!


CINTA......
ianya amat indah...
sukar tuk digambarkan... 

lahirnya dari dua hati..... 
hadirnya tanpa dipaksa....
hanya hati yang mampu tuk menjelaskan apa yang tersirat.......

YA Allah, AKU JATUH CINTA!!
Ya Allah Ya Tuhanku
telah datang padaku seorang insan 
yang mengetuk pintu hati ini....

sekiranya dia adalah JODOHKU yang terbaik
yang telah Engkau tetapkan buatku sejak dari
dalam kandungan ibuku lagi..

Maka permudahkanlah urusanku...
permudahkan lah urusan dia...
permudahkanlah urusan kami berdua...

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
lindungilah imanku...
lindungilah iman dia...
lindungilah iman kami berdua 
sepanjang perhubungan yang telah tercipta ini...

AMIN Ya Rabbalalamin.....

Sunday, October 3, 2010

lumrah dunia kan...hidup sentiasa diselubungi masalah........setiap ari ada ja masalah yg muncul wlu tanpa dipinta @ ingin menyertainya...huuhhuhu.....semua orang tak bolh lari daripada sesuatu hal yg menimpa....setiap masalah pasti ada jaln penyelesaian nya....cuma bagaimana cara kita selesaikan masalh tu....???Adakah dgn cara hanya melihat masalah dtg n pegi begitu ja??adakah hanya membiarkn orang yg selesaikn maslh kita?atau adakah diri sendiri yg ingn mmbantu tuk selesaikn masalh tu???huhu...tanpa sedar atau tak, masalh blh mmbebankn diri n mungkin orang lain wlu tanpa kita pinta.......kadang aku terpikir, adakah ia patt berlaku sebegitu jika ia adalah masalh peribadi diri??patut ka kita membebn kan orang lain ngn masalh peribadi sendiri?

Ya, betul kita perlukan seseorg yg kita percaya tuk kita talk tp sometime adakah kita pernah berfikir tentang masalah dirinya sendiri??huhu.....sungguh berdosa diri ini kerna telah  menyushkan orang lain disebbkn masalah sendiri.........

Namun aku bersyukur kerna ak masih ada kesedaran bahwa Allah sentiasa membantu hambaNya wlu sush @ senang.......ak sedar setiap masalah yg menimpa hanya lah sekadar untk menguji diri ini ke tahp yg lebh baik disisi Tuhan Yang Esa.....bukn semua doa @ hajat yg dipinta akn datng bergolek tanpa diuji....itulah hakikat yg Tuhan aturkan untk hambaNya....jika kita dpt menempuh dgn baik Insya Allah semuanya akn sentiasa dlm keadaan baik.....

ingat lah Tuhan Maha Kaya atas segalanya....pohonlah kepadaNya sentiasa, tak kira la sush @ seng......Ia akan membantu......