Thursday, June 30, 2011

Tips dalam Menjalankan Perniagaan


Taktik Pemasaran Dalam Bisnes
Masa yang terhad – Kita perlu memberi satu perasaan untuk pelanggan kita untuk bertindak sekarang dan bukan esok atau lusa. Jika anda melepaskan peluang pertama ini. Mungkin peluang anda untuk mendapat jualan tersebut adalah sangat rendah.
Unit yang terhad – Hanya 100 orang pelanggan pertama akan mendapat peluang ini. Manusia adalah makhluk yang suka berlumba-lumba. Ini satu keseronokkan dalam hidup. Jadi pelanggan anda akan berlumba-lumba untuk mendapatkan produk itu atas dasar untuk berebut menjadi di kalangan 100 orang itu.
Program Affiliate – Progam ini adalah untuk memberi komisen kepada orang yang membawa jualan kepada syarikat anda. Dengan program seperti ini, ia akan lebih memotivasikan orang untuk menyebarkan produk anda kepada orang lain.
Kejutan – Semua orang sukakan kejutan. Contohnya anda menyatakan bahawa setiap orang yang mendaftar akan mendapat hadiah MISTERI. Ini akan memotivasikan pelanggan untuk bertindak.
Pertandingan – Jika terdapat 2 produk untuk anda memilih. Tetapi salah sebuah produk tersebut mempunyai label cabutan bertuah. Tentu anda akan memilih produk ini. Ini kerana kita merasakan, mungkin kita boleh jadi seseorang yang bertuah. Masih ada kebarangkalian berbanding produk satu lagi itu tidak mempunyai tarikan seperti ini.
Derma - Sebahagian dari jualan akan didermakan kepada rumah kebajikan – Kaedah ini juga boleh memberi imej yang baik kepada perniagaan anda. Namun sekarang banyak syarikat menyalahgunakan skim ini untuk menutup keburukan produk mereka.
Memberi Rebat – Anda memberi diskaun kepada pelanggan yang membeli dengan kuantiti yang lebih. Jika pelanggan mendaftar seorang sesuatu kursus harganya RM 500, tetapi jika mendaftar 2 orang, harganya hanya RM 400 setiap orang. Kos tambahan kita adalah sedikit, tetapi ini dapat menambahkan pendapatan syarikat .
Harga Premium – Kebayakkan jenama-jenama besar dibeli oleh pelanggan atas sebab prestij dan kebanggaan. Dari segi kualitinya mungkin sama seperti barangan tanpa jenama. Jadi membangunkan sesuatu jenama adalah sangat penting. Kerana pelanggan akan lebih selesa membeli apa yang mereka pernah beli. Kerana mereka takut untuk mencuba produk lain. Terdapat juga pelanggan yang menilai kualiti produk berdasarkan harga. Jika mereka tak tahu yang mana untuk dipilih, mereka  akan pilihh barangan yang lebih mahal.

Tuesday, June 21, 2011

HEBAT!!!HEBAT!!!HEBAT!!!!!!

selalu kata keramat nie aku dengar......
tapi napa aku sorang tak berapa nak hebat lgi nie.........

Emmm.......sat sat ag nie husna nak kna mandi bunga kot baru nak lebih bersemangat.....skg still bersemangat nk cepat dapat banyak duit tp semangat tue xberapa nak tinggi kot......huhu rasanya la sbb kan orang ada kata Tuhan akan bagi hasilnya based on your efford....emm skang nie mungkin efford ag xberapa nak cukup lg nie...tue yang xberapa nak berhasil........(betoi juga kot)#_#

macam mana pown tue semua my own false...........xboleh salah kan org lain sbb diri sendiri malas kan....haha padan la dengan balasan tue kan....................so dont be jelous with others ya HUSNA...................but you still xterlambat rasanya.....hehe (nak bela diri sendiri jg tue)

tapi klu ampa suma nak tau.....I wat keja nie memg HEBAT!!! my la join I supaya bolh jd lg kuat tuk berjaya....ada sapa2 berminat nak berjaya cam I impikan.......................mai la sama2 laksanakan.......



PART TIMERS WANTED for Bonafide Academy Education Project :

~ earning RM200 - RM500 weekly
~ flexible time
~ training provided

LIMITED SPACE!!
INTERESTED?
Please sms NAME <space> LOCATION to 0132228355

We will call you for a briefing upon successful candidates.
'you make a diffence

Sunday, June 12, 2011

Berhemah dalam Menegur


''Hai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilah ia kepada (kitab) Allah dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya."

Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan atau perbezaan pendapat itu mencetuskan perpecahan di antara mereka.
Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.
Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ''Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun." Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.
Janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar.
Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah.
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik."

Namun begitu sejak kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenarannya.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
''Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah."

Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai 'orang perantaraan' bagi menjelaskan sesuatu perkara.

Panduan
Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah;
1) tidak merendahkan ego orang yang ditegur
2) mencari waktu yang tepat
3) memahami kedudukan orang yang ditegur

Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah.

Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.
Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan,
''Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk."

Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kita seburuk apa pun kesalahannya.

Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;
''Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut."

Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.
Rasulullah s.a.w bersabda,
''Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan''.

Seperkara lagi dalam kita berhujah atau mempertahankan sesuatu elakkan daripada memalsukan fakta apatah lagi membuat pujian yang bukan-bukan kepada seseorang ini.
Ia disebabkan pujian yang melampau itu adalah bencana lidah (min afat al lisan) yang sangat berbahaya.
Dalam buku Ihya 'Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji.
Bagi pihak yang memuji, keburukan yang akan diperoleh ialah melakukan pujian secara berlebihan sehingga menjerumus ke dalam dusta, dia memuji dengan berpura-pura menunjukkan rasa cinta dan simpati yang tinggi sedangkan dalam hatinya adalah sebaliknya, ia menyatakan sesuatu yang tidak disokong oleh fakta sebaliknya pembohongan semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji padahal orang itu melakukan kesalahan.

Bangga
Dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah dia akan merasa sombong (kibr) dan bangga diri (ujub) - kedua-dua adalah penyakit yang boleh 'mematikan' hati seseorang dan keburukan kedua, orang yang dipuji akan merasa hebat, tidak perlu bersusah payah dan bekerja kuat.

Kesimpulannya, dalam apa juga yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.
Ini kerana setiap apa yang diperkatakan akan diperhitungkan di akhirat kelak apatah lagi jika ia berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan.
Justeru jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat."