Sunday, August 29, 2010

TERIMA KASIH WAHAI TUHANKU....

Kehidupan kita tidak pernah lari dari mendengar dari perkataan "kesulitan", "musibah", "dugaan", "kesedihan" dan sebagainya.
Lalu ia diikuti dengan 2 jenis tindakan susulan dari seorang bernama insan - antara redha atau melawan takdir.
Kemudian, ia ditambah dengan 2 jenis bentuk permohonan, - samada berdoa meminta ampun dan petunjuk dari Yang Maha Esa atau mencari isi-isi dunia untuk memohon menenangkan diri yang duka.

Diatas jalan mana kita akan berada nanti jika kita menempuh diari yang duka?

Umur saya baru ingin mencecah ke 21 pada bulan oktober ini, mungkin sudah 1/3 kontrak kehidupan saya di alam dunia ini sudah saya lalui dan juga tidak lekang dari menerima episod-episod duka dan suka dalam mengemudi bahtera iman.


Kenapa saya menulis " terima kasih wahai Tuhanku" pada artikel kali ini?

Sungguh, musibah yang datang memberi salam kepada kita itu ada keperitan di dalam hati. Ia meninggalkan bekas di dalam jiwa. Menyebabkan pengeluaran air mata kesedihan dari kolamnya kesepiannya. Membuka mulut kita untuk berkata-kata kepiluan. Mengoncang kekuatan di dalam diri.


Mencari keindahan di dalam senyuman seorang musafir di muka bumi.

Izinkan saya untuk menghuraikan satu benda sebagai kata-kata aluan. Memang benar, setiap kehidupan kita ini akan dikira sebagai jihad di jalan Allah jika ia menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan olehNya. Sebagai contoh yang paling dekat dengan saya ialah jihad untuk menuntut ilmu, jihad melawan nafsu dan lain-lain lagi. Dan jihad yang paling agung di masa kini boleh kita lihat menerusi pintu-pintu Palestin di bumi arab sana. Lihatlah keperitan mereka, penderitaan mereka, semangat mereka, kekuatan mereka, sifat mempertahankan agama Islam dari jiwa mereka.

Mana mungkin jika kita mengelarkan kita berjuang demi agama tanpa ada kesulitan di salah satu persimpangan.

Dalam edisi atau konteks student pula, kita mengatakan kita menuntut ilmu kerana Allah untuk memartabatkan Islam di muka bumi ini. Tetapi bila musibah itu ditiupkan kearah kita, kita meraung-raung untuk menidakkan keperitan itu. Membenci sesuatu ketetapan yang dilabelkan kesedihan. Renungkanlah.. Anda dan saya bergelar "pelajar", masing-masing telah, sedang dan bakal menerima satu ujian. Samada kita telah mengambil iktibar atau belum sahaja.

Dalam edisi atau konteks ibubapa pula, kita meletakkan setiap perkahwinan itu memberi kebahagian kepada setiap pasangan. Erti kebahagian itu mungkin disalah tafsir dari sebahagian dari jiwa-jiwa manusia. Ada pasangan yang kehidupan mereka miskin, tetapi kebahagian itu terletak di hati mereka. Mereka merasa aman dan tenang dalam menyusuri bahtera perkahwinan walaupun didalam kehidupan yang serba kekurangan.

Serta banyak lagi edisi-edisi kehidupan yangb boleh saya huraikan, tapi izinkan saya untuk menyatakan sesuatu kepada diri saya dan anda sekalian sebagai peringatan diri.


  • Allah itu Maha Adil kepada setiap hamba-hambaNya. KeadilanNya jauh lebih baik dari keadilan seoarang pemimpin kepada rakyatnya.
  • Allah itu Maha Penyayang kepada setiap hamba-hambaNya. Kasih sayangNya lebih baik dari kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
Berterima kasihlah kepada Allah pada setiap waktu, bukan hanya setakat mengingatinya di kala kesedihan dan melupakanNya di kala kegembiraan.

Betulkan konsep kehidupan kita dan luruskan akar tunjang kehidupan kita hanya kepadaNya.

Tidak salah untuk saya katakan disini, kita sebagai manusia yang lemah ini selalu "demand" lebih. Kalau boleh, segala muka surat diari yang berstatus kesedihan itu hilang dari tempatnya dan diganti 100% dengan kebahagian.

Mana lebih baik, 100% kebahagian atau terselit "sedikit sahaja" keperitan dalam hidupan?

Adakah anda menjamin, ketika anda dalam 100% kebahagian, anda pasti akan sentiasa mempunyai sifat syukur sentiasa dan semakin mendekatkan diri kepadaNya?


Ingatlah, tidak ada satu pun dalam dunia ini yang diciptakan oleh Allah tanpa faedah dan kebaikan untuk hamba-hambaNya. Usahlah kita bersangka buruk terhadap setiap kejadian yang menimpa kita atau orang lain. Yakinlah, setiap yang berlaku itu ada kebenaran untuk kita.

"Boleh jadi kita menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik untuk kita" ( Q.S al-Baqarah:216)


"Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya, dan apa sahaja yang ditahan oleh Allah maka tidak ada seseorangpun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu" ( Q.S Fathir: 2)

Terima kasih Ya Allah..
kerana dengan musibah itulah membuatkan diri kita semakin dekat kepadaNya,
lalu dapat mengukur tahap keimanan kita kepada Nya.

Percayalah, keindahan sesuatu kehidupan itu kerana kesedihan telah memberi warna-warna dalam pelangi hidup kita.

Satu cerita untuk kesimpulan artikel ini:

Bukalah pintu kehidupan yang telah kita lalui di hati kita, cuba semak,

  • Berapa kali kah kita menginkari perintahNya? 
  • Berapa banyakkah kita kufur nikmat kepadaNya?
  • Berapa kalikah kita melakukan maksiat dihadapanNya?
Persoalan untuk anda, pernahkah Dia menutup kasih sayangNya kepada anda? Fikirkan sebelum kita menyalah takdir dan melawanNya...Berterima kasihlah kepada Allah swt..

TIPS: Bila sifat sabar dan redha itu disemai dalam hati kita, ketenangan itu akan lahir dari setiap genap jiwa walaupun dihimpit keperitan.

Thursday, August 26, 2010

MENANGISLAH DI BAHUKU


shbt 
Kau datang padaku seperti biasa
Ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyuman seadanya
Ku tahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya di matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip
Menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa
Berderailah airmata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah…
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa airmata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah…
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna ku adalah sahabatmu

Islamic Clock - Allah Muhammad Round - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

Islamic Clock - Allah Muhammad Round - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

Wednesday, August 25, 2010

nasihat buatku......

Dalam Islam tiada istilah couple, ianya adalah propaganda Barat yang menyerang minda muda-mudi bukan sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia. Islam tidak pernah fitrah suci manusia yang ingin bercinta dan dicintai, tapi ada saluran dan jalan yang telah digariskan. Kalau saya bertanya kepada saudari perihal ber-couple sebelum kahwin, apakah banyak kebaikan atau keburukan? Nah, saudari sendiri setuju apabila couple boleh membawa kepada bebenan jiwa, malah lebih dahsyat ianya membawa kemungkaran kepada Allah Taala. Nikmat kita rasai sekejap sahaja, sedangkan bebenannya semasa di dunia lagi tidak mampu dipikul, apatah lagi dosa kalian ditanggung di Akhirat pula. 

Nasihat saya, jauhilah maksiat couple yang boleh menjejaskan tumpuan saudari sebagai hamba kepada Satu Tuhan. Tidak bererti saudari tinggalkan maksiat couple tiada siapa yang sudi menerima, kerana sudah pasti akan menilainya dari sudut matang dan positif. Maka bermula daripada perubahan pertama, dan seterusnya untuk menjadi baik dan solehah, usahlah dirisaukan taqdir-Nya masih bersama saudari, dan mereka yang sentiasa ingin menjadi baik dan baik dari semasa ke semasa. 


jadi ini adalah nasihat seorang ustaz kt ak.....ak akan berani kan diri untuk membuat kata putus wlupun ianya menyakitkan hati ak n dia........ak minta maaf sangt, jika ini adalah jaln terbaik ak akan lalui n ak akan mengambil risiko ini.................


MAAFKAN AKU SAYANG...............

Tuesday, August 24, 2010

Sedarlah wahai insan






pepatah ada mengatakan ' jangan terhantuk baru tengadah'.....kadg2 ak berfikr ada benarny pepatah ini kerana mash wujd seglntr manusia yg dah buat sesuatu perkra yg bertentangn baru nk menyesal....xkiralah dlm apa jua keadaan tp kita sebagai hamba Allah sedr lah kita sentiasa diperhatiNya setiap hari......Ya memg kita rsa tak ada org yg nmpak tp sedr lah malaikat di kiri n kann mu sntiasa mmerhati tgkh lakumu.......


semua org sedr tntg perubhn maslh sosial yg wujd di era skrg xtumpah seprti hidp dizaman jahiliah...Saban hari kita sntiasa di kejdkn dgn khabr berita yg burk dikalangn manusia yg tidk takut dgn azab Tuhan...masih wujd manusia yg xtkt mlakukn penzinaan shgga blngan ank luar nikah kian meningkt n setiap hari kita sentiasa digemparkn dgn kes pmbuangn bayi di sungai,tong smpah n sbgainya....


Di manakah sifat malu, sifat lemah lmbut seorg khalifah yg dilantik oleh Allah dlm memernth bumi ini???...Dimanakah sifat kash sayg terhdp insan lain????Ya,tidak slh seseorg itu untk berpasgn..memg manusia ini dicipta untk berpasgn antara laki n prmpuan tp biarlah dgn cara yg betl..cara yg diredhai Allah.. 

Sunday, August 22, 2010

andaii kau tahu ini ramadhan terakhir....

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu...merayu...kepada-Nya Tuhan yang satu
andai kau tahu ini ramadhan terakhir
tentu solatmukau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh an qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil...mengisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wawamati lillahirabbil'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu... merintih... meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu"
andai kau tahu ini ini Ramadhan terakhir
tentu dirimutak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari... suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan...lorong-lorong rinda Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
jadikanlahia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hatiku
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan ku di sna nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi
dirinya
yang mampu bagi seorng hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-Nya
"MARHABAN YAA RAMADHAN"
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak
Salam Kemaafan

Saturday, August 21, 2010

CINTA???????

Cinta?????huh sy rsa semua org ada tafsiran sndiri tntg cinta.....cinta pada siapa????Tuhan?seorang lelaki?seorang perempuan?ibubapa?family?????terserah la pada pndpt masg2 tntg cinta....tp ak tau semua org sedar cinta yg paling utama adalah cinta yg Maha Esa.......namun, semua org tutp sblh mata ja tntg cinta Allah......


ak jg sedr cinta utama adlh cinta Allah tp ak sndiri telh tersalah memilih jalan...orang ckp klu simpang ada dua, hanya ada satu simpang ja boleh dilalui iaitu simpng yg blh mmbwa untk menuju ke destinasi yg dicari.....ak mula berfikir,simpang mana yg telh ak pilh....simpang yg mmbwa ak ke jalan yg lurus @ simpang yg mmbwa ke jaln yg berliku......ak tau ak harus memilih simpang yg lurus supaya dpat mmbimbing ak dlm mmbwa ak untk menuju kepada cinta yg sejati......tp adakah ak melalui jalan yg lurus tu????


saban hari ak mash terfikir,adakah ak telah dpat menwan hati yg Esa untk berada di sisi yg Maha Esa.....bagaimana caranya????ada sesiapa dpt membantu ak????ada ke????ak ada terbaca satu artikel....dalam artikel tu dia ckp cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.






 Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). 



Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!



Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. 


Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19)


 Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.


apakah masih diriku mampu mencapai cinta Ilahi, cinta sejati dunia akhirat.......


ak teringat pesn ustazah n ustaz ak,katanya :  antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. 


Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)



Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.


Jd ak nasihat kpda dri ku supaya sntiasa berwaspada dengn cinta yg wujud dlm diri....ak hrap leps ni ak blh wt kptsan yg mmbwa ak kearah cinta Ilahi.....


Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana....ak hrap ak dpt ungkpkn ini..............

Wednesday, August 18, 2010

Ku Damba Keampunan



Apabila aku terkenangkan janjiMu
Terasa gerunnya di hatiku
Betapa fakirnya fitrahku padaMu
Betapa jauhnya diriku dariMu
Sepanjang aku dibuai mimpi
Telah kulupakan janjiMu oh Ilahi
Lenaku masih belum terjaga lagi
Ya Allah sedarkanlah daku
Oh Tuhan kini ku telah jaga
JanjiMu takkan mungkir
Pada hamba yang ingkar
Diriku tidak kan terlepas
Kesalku makin menekan
Insafku kian meningkat
Apakah masih tersisakah titisan rahmat
Moga dirikuk dikurniakan berkat
Tidak tertahan diriku oh Ya Allah
Menanggung azab siksaanMu
Tidak sanggup merasa diriku Ya Allah
Menanggung kemurkaanMu
Ya Allah ampunlah kesalahanku
Ya Allah ampun keterlanjuranku
Ku memohon rahmat daripadaMu
Semoga dihazafkan dosaku

sahabatku...

aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku,
sahabat yang baik adalah yang sanggup seiring denganku 
dan 
menjaga nama baikku 
ketika ak hidup @ selepas mati
ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan 
kerana aku akan merasa senang
semakin ramai sahabat, aku makin percaya diri
aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka @ duka 
jika aku dapat, aku ingin setia padanya..... 


Temanku sayang..

Aku bersyukur menjadi temanmu
Banyak yang telah ku pelajari erti kehidupan
Ukhuwah yang sekian lama terjalin
Semurni embunan pagi

Perjalanan kita masih jauh
Rentasi segala ranjau serta onak berduri
Hanya ketabahan dan keimanan di hati
Mengatasi segalanya

Ku cuba memahami dirimu
Agar persahabatan kekal utuh bersatu
Ku sedar betapa cekalnya hatimu
Menhadapi ujian Allah Yang Satu

Akal budi sinar peribadi
Madah indahmu tidak akan daku lupakan
Kau sering mengingatkan diri ini
Tiada kemanisan hidup tanpa keimanan

Ya Allah Oh Tuhan kami
Seiringkanlah perjalanan ini
Mengharungi hidup penuh pancaroba
Mencari kasih Mu

Berkatilah persahabatan kami ini
Buat selamanya
Oh Tuhanku

Tuesday, August 17, 2010

Diriku...

Bak persoalan @ pertanyaan sesetengah org kepada ku....Adakah tahn depan kamu akn temui bulan ini lg..??adakah kamu akn temui hari esk???ak mash tidk yakin dgn jawpn terhdp persoalan itu....persoalan yg sush untk diungkapkn jawpnnya....ak mash ragu2 masih wujud kah ak pd esok hari....persoalan yg mengigatkn ak kpd mati, pada azab siksa kubur n neraka...ak masih seperti insan yg lain, tetap mendambakan keindahan Syurga tp ak hamba yg hina...banyk melakukn keslhn yg bertntgan dgn suruhan Tuhanku n Rasulku.....ak ingn digolongkn dikalangn umat yg rindukn Muhammad, umat yg berjasa di jaln kebenrn tp Mampukah ak untk tempuhi semua ini?????Ya Tuhanku, siapakah ak dipandanganMU???bimbing lah ak Ya Tuhan untk sentiasa berdampngn dgn Mu.....Bimbing lah ak Ya Tuhan......